Wednesday, 26 September 2012

Part time pembantu peribadi

Td saje usha keja kat mudah.com then terjumpa iklan nie..

Part time pembantu peribadi

MEMERLUKAN PEMBANTU PERIBADI UNTUK MENGURUSKN KERJA2 OFFICE.WAKTU KERJA CUMA 1JAM - 2JAM SEHARI. Start kerja secepat yang boleh.

KELAYAKAN :

1)PEREMPUAN MELAYU
2)TINGGAL DI SEKITAR SHAH ALAM
3)PANDAI MENGUNAKAN BASIC MICROSOFT.


GAJI RM4 SEJAM.start kerja secepat yang boleh.

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN khairunnisa 0176847969.TERIMA KASIH.

MGC company
47a, 1st floor jalan badminton,
13/29 section 13,,40100 shah alam,selangor


Rasa mcm nak try jek.. agak2 b bg x? skang nie cm xcukup duit je rasa..
wat kek pun cm larat xlarat jek.. order pun bukan tiap2 minggu full.. tp ada la rezeki cket2..
alhamdulillah.. semoga akan lebih dimurahkan rezeki..

Tuesday, 25 September 2012

Trip mengidam

Rasa mcm da lama gler xg bercuti.kalau ada pun balik kg b je..2pun xde g mana..dok kg je..huhu..
awal2 preggie aritu alahan teruk.mood nak keluar pun xde. tp skang nie mood nak berjalan je tp b xleh nak bwk lak..sdey je..:(
skang nie ngidam nak g bercuti kat grand lexis kat port dickson 2. cam best je.. best sbb ada private pool.leh swimming puas2..
tmpat xclusive cm2 mmg la mahal cket tp kte rasa berbaloi untuk mencipta saat yang indah. yela,bkn slalu pun..
dpt dok 1malam je pun jadi la..ni rate harga bilik kat grand lexis..




kalau ada wet, leh book bilik Deluxe Pool Villa.

Deluxe Pool Villa - Above the sea
  • Size of unit - 677 square feet
  • Number of units - 16 units
  • 1 king size bed
  • Can accommodate 02 persons
  • Glass panel for underneath sea viewing
  • Private swimming pool  (nie y plg penting..) :p
  • Dry Kitchenette
  • Separate bath and toilet
  • Rain shower
  • Wall mounted hairdryer
  • Mini fridge
  • In-room safe box
  • Astro - 19 channels
  • 32" LCD flat screen TV
  • Coffee and tea making facilities
  • Electric kettle
  • IDD telephone
  • Ceiling mounted air-conditioner
  • Ceiling fan
  • DVD player
  • Iron and ironing board (upon request)
  • Bathroom weighing scale
  • Microwave oven
  • Umbrella
  • No pets allowed in rooms

Nie alamat die :

Grand Lexis, Port Dickson
Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson,
Negeri Sembilan, Malaysia.
Toll Free: 1 800 88 0017
Tel: (6) (06) 653 2000
Fax: (6) (06) 651 5330

E-mail: reservations@grandlexispd.com

Teaser!! kte layan je gambar dulu..



















Tutorial pemakaian shawl



Monday, 24 September 2012

No words...





Here are some tips of being pengapit, to my best knowledge..

1) Bridesmaid @ Maid of honour @ pengapit, you are there to serve the bride. So be a slave. Always be there when needed. So if the bride assigned MOH to collect bouquet from Kajang to Sungai Buloh ke on the wedding day itself, assign someone else. Bridesmaid yang lain takpe, tapi jangan MOH. Jangan tiru 27 dresses.

2) Know the groom, know the bride's family, especially makcik-makcik tulang belakang majlis tu.

3) Know the best man as well. Haruslah ada chemistry antara kamu berdua so that bila mengapit kat pelamin tu tadela muka korang berdua cam laki bini bergaduh pulak.  At least nanti bolehlah buat eye contact, signal mintak tolong pass kan ape ke kan. Biarlah nampak mesra 1 Malaysia je semua yang kat pelamin tu. Mana tau kot melekat jodoh ke..Oppppss!

4) Dalam purse kamu mesti ada pen, IC pengantin, tissue, lip gloss, powder puff, small perfume.

5) Sediakan tissue banyak banyak during the nikah ceremony. For sure pengantin akan leleh punye. If not, then boleh berkhidmat untuk mak pengantin pulak sebab for sure mak pengantin mesti touching nye. Kalau kamu cengeng macam saya, sile guna untuk diri sendiri.

6) If possible, request a powder puff with some powder on the puff from the mak andam. Powder tu haruslah yang mak andam pakai untuk makeup pengantin tadi. Kalau mak andam tak nak bagi, kamu beli powder puff satu awal-awal, then masa big day tu kamu mintak mak andam dap sket powder on the puff. Get what I mean? Tujuan: untuk touch up pengantin. Jangan selet.  Just dap je if pengantin complain berpeluh or you nampak muka dia dah berminyak especially at the T-zone and sometimes at the cheek bone.

7) Jangan pakai heels berinci tebal. Pengapit, kamu kena berdiri memanjang nanti cramp camne? Tak cun la pengapit berdiri sebelah kaki je. Don't wear strap shoes as well especially if the wedding buat kat rumah nanti susah kamu nak sarung kasut. Pengapit tak pakai kasut dalam rumah ye, pengantin je yang ada pengecualian.

8) Masa berarak, pegang payung tinggi sikit and make sure kamu tak tersangkut tengkolok pengantin lelaki. Try pegang so that payung kamu sama level dengan payung yang dipegang oleh pengapit lelaki.

9) Make sure pengantin perempuan diri sebelah mana with the groom. Walaupun ni tugas makcik makcik, tapi kadang-kadang depa pun terlupa jugak. Confirm kan balik nak diri sebelah mana awal sikit ye.

10) Jangan kipas pengantin laju sangat. Kipas tu untuk hiasan semata, takde cooler function pun. Kipas bawah dari paras muka, otherwise akan block muka pengantin untuk video and ganbar serta tatapan umum juga. Tak cantik la nanti ada gangguan kat muka kamu kan..

11) MOH, especially MOH. Watch out bila time merenjis. Ni agak crucial juga. Always clear kan tangan pengantin yang penuh dengan bunga rampai tu after perenjis salam and pusing untuk turun pelamin. Jangan clear off depan dia, kecik hati kang.

12) After merenjis, masa pengantin tunduk and salam cium tangan perenjis, aware sikit and angkat sikit veil dia before dia bangun and duduk tegak balik. Jangan sampai pengantin terduduk kat veil, nanti tiara senget.

13) Suruh orang lain yang bagi bunga telur untuk merenjis. Tangan kamu dah penuh dah, tak dan nye nak hulur bunga telur pulak.

14) Ensure ada orang or caterer to serve pengantin kat meja makan. Kalau takde, kamu la kena take over. Masa pengantin makan adalah masa untuk kamu menjamah makanan. Jamah je tau. Jangan makan banyak sangat, nanti bila pengantin habis makan kamu masih melantak lagi. Aiiissshh...

15) Hand bouquet, always kamu yang pegang. Jangan pass to someone else. Nanti pass sana pass sini, tup tup tengok budak-budak perempuan yang baru nak naik tengah sibuk bergambar dengan bouquet tu.

16) Now turn for cake cutting ceremony. Ensure awal sikit yang pisau, plate, and fork dah ada kat situ. And bila pengantin potong cake, if kamu nampak dia ada sedikit kesulitan di situ kekok nak letak cake ke piring ke, MOH come to the rescue. Tolong letakkan, tapi jangan pulak tolong suapkan. Tu the groom punye task.

17) Pengantin dah sudah makan, dah potong cake. Now masa untuk kamu toch up lip gloss nye. Masa touch up, suruh dia senyum and tengok kot ada food yang terselit celah gigi nya.

18) Selalu remind dia untuk senyum.

19) Please makeup, but please, please, please, don't overshadow pengantin. Hari besar kamu akan tiba, but not that day ok.

20) Finally, keep the bride sane during the wedding itself!
Updated:
 
Siapa yang confuse bila nak bagi hand bouquet kat MOH angkat tangan???

Ok, after pengantin berarak, naik atas pelamin, settle down, catch their breath for few minutes, senyum sebab masa ni camera akan bertumpu pada mereka, pegang bouquet kamu kemas-kemas ye. MOH, please remind pengantin untuk senyum.

Agak-agak dah cukup nafas and nak start merenjis dah, MOH bend sket, hulur alas tangan ke pengantin untuk diletak atas lap dia, and then MOH sendiri juga yang mintak bunga tu from pengantin. Pastu taula syok dapat bunga tapi jangan pegang lama-lama ok. Letak kat bawah, kalau boleh sorokkan sket dari pandangan orang especially pengantin sebab kamu letak bouquet mahal dia kat bawah je. Pastu mulakan la aksi mengipas anda!

All the best! :)

Wedding Preparation

Perkara wajib yang tak boleh terlepas pandang with 10 more days to go:

#1 Dapatkan rawatan facial dan tolong jangan buat jika ni first time kamu nak ber facial. Nanti kalau naik jerawat jangan salahkan entry ni ye. As for me, highly recommended Seputeh Kapas Spa sebab memang best giler facial di sini and price nye pun tak menjolok mata..awwwww! Harus facial kerana kat sini they ols pakai vacuum which I rasa cam tak boleh hidup tanpanya utk remove the black heads. Baru kamu akan kelihatan sungguh flawless on your big day tanpa photographer perlu terkial2 cari angle cun tamo kasi menonjol black & white heads kamu. 3 hari sebelum majlis jangan scrub okey, nanti makeup tak lekat.

#2 Haruslah scrub body & pakai lotion banyak2. Baru nampak glowing, gebu and moist 2 gitu. Kalau tak sampai nak scrub belakang kamu, pegila spa :)

#3 Tidur secukupnya. I know it's hard and macamlah aku buat sangat pun tapi sedang berusaha ke arah itu. At least 3 days before your event tido harus cukupla.  Nanti kalau tak dapat cover eye bags and dark circles jangan blame mak andam ye.  Tidur yang cukup juga membantu glowing appearance pada wajah kamu. Wahwahwah...Tak caye cube try jangan tido malam ni pastu sok tido tanpa gangguan selama 8 jam.

#4 Kurangkan makan makanan yang bergoreng, berminyak, and pedas. Kalau boleh jangan makan pedas langsung. Ala tapi kalau lidah jawa cam i ni (tetibe je ngaku jawa) kalau tade pedas cam makan kat lokap wooo..huuuuu. This is so that muka kamu tadela terlampau glowing sampai jadi greasy pulak dek kerana minyak from the food intake. And kurangkan pedas so that kurang juga berpeluh nanti. Kompem mekap tak cair and boleh tahan sampai outdoor photoshoot tanpa perlu di touch up.

#5 Control your metabolic rate dengan cara bernafas accordingly. Kalau ditakdirkan nak kena transform jadi bridezilla nak buat camne. Kena berusaha untuk tenang juga walau apa cara sekalipun. Ok, disini saya memerlukan doa kalian supaya saya tenang je apa pun yang jadi. Hmmmmppps...

#6 Ensure all the tasks untuk committee kamu dah distributed accordingly, and also make sure mereka faham tugas mereka. Siapa mereka??
  • Sorang makcik yang garang  duduk dalam bilik pengantin to guard the room jangan bagi orang masuk tengok pengantin masa siap. Mak andam skang ni baik2 and dah tak garang sangat dah.
  • Sorang makcik duduk dalam bilik pengantin and jangan gi mana2 jaga bilik and hantaran sebab masa ni la masa paling ideal utk kecurian berlaku. 
  • Masa ni jugak nak kena bayar duit set up pelamin la, hantaran la, photographer la, mak andam la. So put the money for each vendors in each envelope pastu serahkan kat sorang Bendahari Khas biar dia yang pandai-pandai bayar kat vendor semua. Provided Bendahari khas ni kenal la mereka. Kang suka-suka je serahkan kat sape-sape..choi!
  • Sambut tetamu (parents pengantin dah tentulah wajib, ni pakcik makcik yang lain) & sambut rombongan lelaki, kadi, etc during nikah & reception.
  • Usher
  • During nikah, appoint an aunty untuk susun atur dulang hantaran. 
  • Bendahari kehormat - appoint 1 lelaki and 1 perempuan untuk pegang erat duit collection yang guests hulur ke penyambut tetamu. Yang lelaki boleh collect from penyambut guests lelaki, and perempuan from penyambut guests perempuan. Haruslah orang ini yang boleh dipercayai and ensure penyambut semua kenal mereka berdua ni and boleh serah duit kat diorang ni je.
  • Penyambut wedding presents
  • Pemberi doorgift & bunga telur beserta sorang Supervisor to monitor the stocks.
  • Food & beverage -  ensure ada orang monitor ni so that boleh suruh caterer tambah mana tak cukup, angkat pinggan, kendi, dsb
  • Floor manager - dia adalah suara kamu di majlis tu. You dah jadi pengantin patu memang tak tau apa berlaku dah. Floor manager ni la yang kena tau semuanya and boleh transform jadi bridezilla, bukan kamu. Tolong jangan soh mak pengantin or pengapit jadi floor manager ye.
  • Runner - kalau nak suruh inform kat DJ pengantin dah sampai, soh runner run. VVIP sampai, nak inform kat DJ soh acknowldge, soh runner run. Kerja-kerja yang memerlukan larian, kita soh runner kita run.
  • Tugas-tugas khas - merangkumi guide orang yang tak jumpa jalan ke tempat majlis kamu.
  • Jangan lupa bagi list of contacts of your vendors to your pengapit and floor manager. 

#7 Ensure rombongan pengantin lelaki faham flow majlis camne. Kalau boleh bagi floor plan pun bagi skali.

#8 Jangan lupa signage!

#9 Pengantin, tolong jangan lupa pakai perfume banyak-banyak on your big day. Pengantin haruslah yang paling wangi dan berseri-seri. Ramai pengantin yang I makeup lupa tu. Pengapit, sila remind mereka tau, tau, tau..

#10 Mintak ampun ngan parents, mintak halal makan minum, restu, dan doa from them. Also, kindly doa untuk diri sendiri, tidur, tenang, dan tawakkal.

Nape kte kawen xde gambar pose cmnie?? Cantik sgt..:((





Tips for brides..

How do you pose, beautiful brides?

#1  Camera alert. Usually untuk event kamu, official photographer akan bawak assistant skali. Alert pada camera main photographer sahaja. His/her assistant akan snap gambar candid uols. To be safe, ikut cakap OP dia suruh pandang mana.

#2  Jangan terlampau alert pada camera sangat. Like I said, main photog je. Candid akan create au de naturalle kamu. Gambar candid sangat natural, dan natural tu sangat cantik tau.

#3 Work with your posture.  Jangan bongkok, nanti akan nampak pendek. Stand straight. Kalau duduk, sit up straight.  Haruslah gedik dan jangan camera shy. Perasan yang kamu sangat elegant pada hari tu. Harus terapkan nilai2 ni.

#4 Keep your face level with the camera. Jangan terlalu malu tunduk2 nanti shows up double chin. Jangan chin up sangat nanti nampak lubang hidung beso.


#5 Be yourself, be natural. Train your partner to be natural as well.


#6 Create expression for each and every pose. Tell the world your love story. Create energy in your every pictures. Jangan biar gambar kamu nampak cam nothing, dead, hambar.  And always smile and play with your eyes too. Practice. Smile penuh perasaan nampak gigi and mata yang bersinar2 to show that you are extremely happy with your wedding. Senyum menggoda sikit sambil kecikkan sikit mata untuk single portraiture.


Gambar ni angle dah cun, tapi pengantin punya muka tak masuk mood. Nampak cam penat dan moody je. So senyum dan jangan bongkok!


#7 Untuk pose berdiri, try not to be still by keeping both of your legs straight. Let your right legs bend in front of your left leg or vice versa ikut keselesaan. Point your toes.


#8 Pain is beauty. Pose yang buat kamu sakit pinggang kena pusing2 badan akan nampak cantik dalam picture.  Tapi jangan keras sangat, nanti nampak fake. Add in sedikit lentok dalam pose kamu untuk create natural posture.
 Pose ni buat i sakit pinggang tahu...

#9 For beginner, boleh letak cermin besar kat depan kamu. When pose during photoshoot, boleh refer kepada reflection kamu dalam cermin tu, tengok cun ke tak.

#10 Selalu la survey pose ala2 model gitu. Mat salleh punya gambar kawen sangat cantik, jadikan reference. Buat scrap book and boleh guna masa wedding kamu nanti. Cakap kat OP, kamu nak pose camni, camtu, cenggini, cenggitu.

Milky Honey Dew Puree (for baby 4-6 months)


Perfectly served for tea time.

Ingredients:
A slice of blended/pureed hone dew
2 table spoon of formula milk
*if using EBM, add in 2 table spoon of baby rice*

A perfect meal to be introduced as first solid food to baby. Yummeh!

Mashed Potato & Carrot Puree (for baby from 4 months)



Served as breakfast and dinner


Ingredients:
1 potato
1 carrot
Adequate amount of water

Steam and blend all ingredients into desired texture.

Creamy banana with milk (for baby from 4 months)



Perfect meal for breakfast and tea time




Ingredients:
1 peeled banana
Adequate amount of EBM or formula milk

Mash the banana and mix it with milk.  Perfect for introducing solid food to baby.  If baby doesn't like it, no hal punya. Mommy boleh habiskan. Taste like solidified banana milk shake..yummeh!

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.  Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan’. Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.  Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.  Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu’.

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
  1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol. 
  3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium. 
  4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim. 
  6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung. 
  7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as. 
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Sumber: 
  1. http://permatahati.wordpress.com 
  2. di petik dari buku : Quran Saintifik (Dr.Danial Zainal Abidin)

Wallahualam

Crayon heart shape as Doorgift for kids

Crayon heart shape as Doorgift for kids

Sunday, 23 September 2012

Menjadi Pilihan

Pakej Buaian Berendoi

PAKEJ A
- Buaian + Decoration
- Skirting + Tilam + Bantal
- Flower pot
- Flower ball
- Carpet
- Petals (taburan kelopak bunga)

RM 300 sahaja !!
HARGA TERMASUK SET RENJIS !!


Sila hubungi kami :-
h/p:013-3792852
017-3937104

PAKEJ B
- Full Set Buaian seperti PAKEJ A
-Backdrop
- Spotlight 2 (kiri dan kanan)

Cuma RM 400 sahaja ?
Iye....itulah harga kami..:)

Kami beroperasi di Selangor & Kuala Lumpur...sedia memberi perkhidmatan di lain-lain negeri...
* Negeri Sembilan
* Melaka
-- tertakluk kepada terma dan syarat.

Please take note:-
1) Setiap pakej tidak termasuk caj penghantaran/pengangkutan.
2) Bayaran deposit 50% diperlukan sebagai tempahan tarikh. Baki selebihnya perlulah dijelaskan semasa penghantaran dibuat pada hari yang sama. Tempahan tanpa bayaran deposit dianggap tidak sah.. dan kami berhak mengambil tempahan lain...
3) Tempoh sewaan semua alatan tidak lebih dari 3 hari. Sekiranya memerlukan tempoh yang lebih lama untuk bawa ke kampung halaman, sila maklumkan terlebih dahulu agar dapat disesuaikan mengikut masa.
Kerosakan:
Sekiranya terdapat kerosakkan sepanjang tempoh anda menyewa alatan kami, RM100 akan dikenakan sebagai penalti. (SILA JAGA BARANG DENGAN CERMAT).

Pembatalan:

Sebarang pembatalan, duit deposit tidak akan dipulangkan.
(Sila pastikan anda telah betul-betul bersedia dan tiada masalah yang berlaku sebelum membuat tempahan).
Tiada pertukaran tarikh pada ‘last minute’.Jika ada, sebolehnya tidak bertembung dengan tarikh pelanggan lain.
Please understand our T&C..tq

 
Bayaran boleh dilakukan melalui mesin deposit duit atau melalui internet kepada :-

Nama : Mawarni Binti Mohd Zin

Maybank Akaun : 1621 0678 6448

CIMB Bank Akaun : 12170086314525

FB : Buai Buaian Cukur Jambul


Buaian Berendoi