Ada yang tanya pasal set bersalin Tanamera. Ok ke tak? Jujurnya, saya tak leh nak bagi testimoni pasal produk ni sebab saya tak ikut cara penggunaan produk-produk Tanamera tu 100% and ada yang saya tak guna langsung. Reason: tak sempat. Sebab,16 hari pertama lepas bersalin, saya berpantang sendiri dengan bantuan En Suami sahaja. So, this is our first experience. Memang kelam kabut, huru hara. Wakakaka.
Namun begitu, ada dua produk Tanamera yang saya betul-betul suka. Brown Formulation Soap dan Boreh Body Scrub. Dua produk ni memang saya guna sampai habis sebab dia best! Betul-betul rasa segar dan bersih bila guna dua produk ni. Terutamanya Brown Formulation Soap. Penat dan letih macam mana pun, bila mandi guna sabun ni, Blink! Terus segar. Magik! I Like!
Teh dia pun ok..Rasa hangat jer badan ni. Kalau tak rasa sejuk-sejuk jer..Maklumlar, lepas bersalin, badan mudah masuk angin. Malangnya, saya asyik lupa minum teh tu. Masa pantang sendiri, sempat minum 4 kali and masa pantang umah mak (hari ke 17-hari ke 30), sempat minum 3 kali jer. Pastu tertinggal kat umah mak pulak. Malas nak mintak tolong ayah pos teh tu. So biar jer la.
Set bersalin ni pun ada minyak urut. Minyak ni memang saya gunakan time berurut. Lepas berurut memang badan rasa best lar kan..tapi tak sure sebab bidan yang urut tu ke or sebab minyak. But I think, mesti lar sebab tangan bidan yang mengurut kan.. hihi. Anyway, bau minyak tu sedap..bau serai. And..minyak ni tak panas.
For the Minyak Kelapa Dara Tanamera lak, saya start guna sebulan before Adam lahir. Saya sapu dan urut minyak ni kat bahagian perineum 2 kali sehari. Minum minyak ni (satu sudu teh) sehari sekali.Saya buat semua ni dengan harapan laluan bawah untuk Adam keluar tu cepat terbuka dan minimumkan koyakan. Malangnya, laluan tempat Adam keluar tak memberi kerjasama. Adam lahir ikut ‘tingkap’. Nampaknya, minyak kelapa dara tak dapat membantu saya. Lain orang, lain kesannya kan.
Pilis, sekali jer saya guna. Pilis tu kena tepek di dahi dan biarkan selama sejam..Tapi, tak sampai sejam, baby Adam dah nangis mintak nenen. Time breatsfeed baby, berterabur pilis tu kat badan baby. Kesian baby. Lepas tu dah malas nak guna sebab waktu tidur baby Adam sangat unpredictable. Tataw bila waktu sesuai nak pakai pilis. Kalau pakai time tidur, kang berterabur atas bantal dan katil pulak. Eh! buasnya tidur?
Yang lain-lain, anggap jer lar saya sempat guna 3-4 kali and tak taw nak komen macam mana. Ada lagi produk-produk tu dalam kotak.
Anyway, saya memang nak beli lagi Brown Formulation Soap dan Boreh Body Scrub Tanamera nih. Tapi tak boleh beli sabun and scrub sahaja. Saya dah tanya customer servis Tanamera and diorang kata, minimum pembelian untuk loose item, RM100. Leh campur-campur produk tapi jumlah dia mesti RM100.00. Sabun tu RM 15 seketul..scrub tak sure sebab tak tanya harga scrub. Takkan nak beli 5 buku sabun and 5 kotak scrub pulak sebab nak cukupkan RM100.00 Uih..banyak tuh… Anyone nak share tak? Leh kita tong-tong. hihi.
Sekian, review set bersalin Tanamera yang tak berilmiah dan tidak membantu dari saya, Mummy Adam Zafrie. Maaf ya.
No comments:
Post a Comment