Sunday, 28 October 2012

Penjimatan berganda..!!




Shawl Laiqa (Plain Halfmoon Shawl)

Shawl Plain chiffon yang berbentuk half moon.
Plain tanpa manik, tapi boleh tambah sendiri manik kepada tudung ini :-)

Menggunakan material chiffon yang lembut dan beralun, chiffon ini juga berat dan berkualiti.

Untuk yang ingin berkahwin, bertunang, Jika veil dah sarat, disarankan
mengenakan shawl plain macam ni je ;) nampak lagi kemas dan cantik kan!

Material: Chiffon
Harga: RM39

Panjang: 1.67M
(berbentuk half moon/separuh bulat)
Nie sebagai panduan..
Panduan tok apa?
Ok, nie nak cter..sblum nie pernah beli shawl paddle pop dr radiusite n raya haji aritu baru 1st tym pakai..ble da pakai,rasa cm.. “Laa…cmnie je die buat tudung nie..rasa cm boleh buat sendiri je..” yela..tudung 2 combine 4 warna n cara die combine 2 dgn jahitan je..ingatkn mmg bersambung terus..huhu..2 pun beli da RM79. Bayangkan kalau tudung 2 just 1 colour.. lg la senang nak buat kan..hehe.. Cm kalau  nak shawl shasmeen 2, just tambah jela manik..cari je kain chiffon lembut kat jakel or Nagoya. So,pasni nak buat sendiri jela tudung jenis half moon nie.. act, lam idup nie,semua leh jadi kalau nak..asalkan ada kemahuan..rajin ngan tak je nak buat..huhu.. tp skang da tau da nak buat shawl half moon nie, so,xyah la shopping kat radiusite dah..da leh jimat.. J
Panduan kat atas pun die dah gtau material kain.. ukuran tudung.. jadi senang nak ukur n potong. Pastu jahit tepi n jahit juraian manik cket.. da siap..(cter cm senang je kn..huhu) xpe,ti try buat..





Tuesday, 23 October 2012

hati..


kalau diikutkan hati bakal ibu nie..nak je buat majlis akikah 2 seminggu pas bersalin.yela,lgpun mmg disunatkan buat akikah dan beri nama kat baby pada hari ke-7 selepas dilahirkan..tp pk2 balik..pk budget, pk tenaga..xpela,buat majlis lepas abes pantang jela..ada masa cket nak kumpul duit.lgpun kalau buat seminggu pas bersalin,mesti xleh nak tolong keja pape..yela,tgh sakit2 lg..so,xpela..pas abes pantang jela..lgpun salina buat akikah pun bila keisha da 5bulan.fiena pun buat pas abes pantang rasanye..so ok la..:)


Budget tok Majlis Akikah/Cukur Jambul

Nie cuma budget kasar je..

Kambing seekor RM800

Marhaban RM100 (mak kak shaliza)

Buaian berendoi RM600 (http://stazurin.blogspot.com/)
* paling murah survey pun dapat la RM220

Sewa khemah/kusi meja RM???

Makan-makan catering RM???

Doorgift buku yasin/bunga telur RM???
* bunga telur leh kumpul2 je dr wedding org.. mcm2 design pun xpe..
* kalau rajin buat cupcake baby shower sendiri

Photographer RM700 kalau y pro punya
* nak jimat soh kengkawan je amek gambar..adik bradik ke..:p

Wednesday, 3 October 2012

100 Panduan Siap Sedia Bersalin

Sebaik anda disahkan mengandung, persiapkan diri untuk bergelar ibu dan ayah yang terbaik. Kami menyediakan panduan dari A-Z untuk bakal papa dan mama.

Apabila disahkan positif mengandung, tentu bermacam perkara bermain di fikiran anda. Persoalan bagaimana selepas ini, apa langkah seterusnya dan sebagainya lagi berlegar-legar di kepala.

Bersiap Hadapi Tiga Trimester Kehamilan

Persediaan untuk bergelar ibu seharusnya bermula sejak awal dan sebaiknya bermula sebelum hamil lagi. Bakal ibu perlu mengambil tahu maklumat tentang kehamilan.

Menurut Pakar Obstetrik& Ginekologi Pusat Perubatan Barakah, Dr Khairiah, wanita yang merancang untuk hamil perlu memastikan kesihatan mereka berada pada tahap optimum dan mengamalkan cara hidup sihat.

Jika ada sebarang penyakit yang dihidapi seperti darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya, mereka perlu berbincang dengan doktor dan pastikan kesihatan pada tahap optimum kerana berisiko mendapat keguguran atau kecacatan bayi.

Beliau membahagikan perubahan yang patut dijangka oleh bakal ibu kepada tiga trimester. Setiap trimester mengambil tempoh tiga bulan. Jumlah masa tiga trimester adalah 9 bulan.

1. Perubahan paling biasa berlaku adalah rasa loya, muntah, selera makan berubah, keletihan berlebihan, sakit di payu dara dan kekerapan membuang air kecil.
2. Untuk mengurangkan rasa loya makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan makanan berminyak atau berempah.
3. Jika ibu mengalami alahan teruk sehingga tidak boleh makan langsung, jangan paksa untuk makan sebaliknya cari apa yang boleh diterima oleh tekak dan pastikan berjumpa doktor untuk rawatan.
4. Banyakkan berehat untuk mengurangkan rasa keletihan yang dialami.
5. Jangan lupa makan asid folik, sebaiknya mula makan sekiranya merancang untuk mengandung.
6. Persiapkan mental untuk menghadapi perubahan yang berlaku.
7. Jangan terlalu risaukan keadaan janin dalam rahim jika ibu terlalu teruk mengalami alahan. Janin tetap sihat dan membesar kerana dia mengambil khasiat yang diperlukan daripada badan ibu.
8. Cari coli yang lebih selesa dipakai kerana ketika ini payu dara mengalami perubahan saiz dan akan menjadi lebih sensitif.
9. Jika anda masih lagi menyusukan anak terdahulu dan keadaan kesihatan baik serta tidak mengalami loya dan alahan teruk maka ibu boleh terus menyusukan bayi tetapi jika keadaan ibu teruk, dinasihatkan berhenti menyusukan bayi. Berbincanglah dengan doktor anda tentang hal ini.
10. Anda digalakkan membuat pemeriksaan antnenatal pertama pada trimester ini untuk memastikan keadaan kandungan normal dan mengetahui tarikh jangkaan bersalin yang betul terutama jika anda lupa tarikh haid atau haid anda tidak menentu.

Trimester 2
11. Hadapi trimester kedua dengan gembira kerana waktu ini keadaan ibu sudah semakin stabil dan bebas daripada alahan serta saiz badan masih belum membesar dengan ketara lagi.
12. Rasa sakit pada payu dara juga semakin berkurangan kerana hormon sudah stabil.
13. Ibu digalakkan melakukan senaman sebab ia boleh membantu mengekalkan kesihatan sepanjang hamil dan memberikan stamina semasa bersalin. Contoh senaman terbaik adalah berenang, berjalan dan yoga (mengekalkan fleksibiliti otot).
14. Ibu berkemungkinan besar akan selalu rasa sakit pinggang/belakang badan sebab ada kaitan dengan postur badan. Oleh itu pastikan ibu duduk dengan tulang belakang sentiasa tegak agar dapat mengurangkan sakit belakang. Ibu perlu tahu tentang postur-postur yang betul untuk mengelakkan sakit belakang.
15. Ibu juga akan mudah mengalami sembelit. Pastikan banyak minum air, makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
16. Pilih baju yang longgar dan selesa dipakai sepanjang hari. Ketika ini rahim ibu mula keluar sebab perut semakin besar jadi tidak selesa apabila memakai pakaian yang ketat.
17. Emosi ibu semakin stabil. Bagi ibu yang beragama Islam, banyakkan solat, berzikir dan membaca Al-Quran.
18. Ibu digalakkan makan buah kurma, kekacang seperti badam dan susu untuk pembentukan otak bayi yang sihat.
19. Jika anda ibu yang ada penyakit seperti darah tinggi, buah pinggang, pastikan tahap kesihatan di tahap optimum ketika hamil sebab ada risiko kelahiran pramatang atau pembesaran bayi terganggu.
20. Komplikasi ketika kehamilan seperti penyakit diabetis, darah tinggi boleh berlaku selepas tempoh 20 minggu kehamilan.
21. Penyakit anemia iaitu kekurangan zat besi boleh berlaku pada mana-mana trimester. Jika paras hemoglobin rendah, ibu dinasihatkan makan suplemen zat besi dan jika teruk, ibu akan perlu tranfusi darah.
22. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah seperti kekejangan otot, gigi reput, berlubang dan osteoporosis kerana bayi mengambil semua kalsium yang diperlukan dari badan ibu. Jika ibu tidak boleh minum susu, ambil suplemen kalsium kerana keperluan kalsium ibu hamil adalah sebanyak 1200mg setiap hari.

Trimester 3
23. Saiz badan ibu semakin membesar.
24. Ibu akan berasa lebih panas, tidur tidak selesa, kerap buang air kecil, kejang otot, sakit pinggul kerana otot mula meregang untuk proses bersalin.
25. Persiapkan diri dengan infomasi berkenaan proses pelahiran anak seperti latihan teknik pernafasan dan pilihan cara untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin.
26. Kekalkan stamina untuk proses kelahiran dan pastikan ibu mendapat rehat secukupnya.
27. Ada bakal ibu mengalami penurunan selera makan dan ada yang sebaliknya. Jika tidak berselera lakukan seperti ketika trimester pertama iaitu makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Tetapi jika terlalu berselera, ambil makanan yang tinggi serat kerana ia mengurangkan risiko terkena diabetis di akhir kehamilan.
28. Sesetengah bakal ibu akan mengalami kekejangan kaki, bengkak kaki dan kebas tangan disebabkan water retention. Kebas tangan adalah disebabkan oleh carpaltunnel syndrome iaitu berlaku tekanan kepada saraf yang pergi ke tangan disebabkan oleh water retention. Kebas ini boleh dikurangkan dengan kerap melakukan senaman tangan.
29. Vericose vein juga banyak berlaku kepada ibu hamil. Ubat daripada doktor boleh diberi sekiranya keadaan ibu terlalu teruk. Ibu digalakkan memakai stoking elastik dan meletakkan kaki ke atas paras lebih tinggi dari badan semasa baring atau duduk.

Bersalin Di Mana?
30. Swasta atau kerajaan. Sebaik sahaja anda disahkan hamil, perkara yang mesti difikirkan ialah bersalin di mana. Apa juga keputusan yang dipilih mestilah berdasarkan bajet anda.
31. Jika anda mempunyai tahap kesihatan yang baik semasa hamil, hospital kerajaan atau swasta tidak menjadi isu utama. Sekiranya anda memang ada peruntukkan kewangan tanpa had untuk melahirkan anak, tidak salah memilih hospital lima bintang untuk keselesaan maksimum.
32. Jenis pusat perubatan – Andai anda mementingkan ciri-ciri Islamik, anda boleh membuat tinjauan hospital yang bercirikan demikian supaya aurat sentiasa terpelihara sebagai wanita Muslimah.
33. Tanyalah sama ada hospital berkenaan menawarkan doktor dan jururawat yang terdiri daripada wanita. Namun tidak semua hospital berciri sedemikian berdekatan dengan kawasan kediaman anda.
34. Dari segi lokasi hospital, pilihlah hospital berhampiran dengan kediaman untuk mengelak daripada kesesakan jalan raya supaya dapat sampai segera ke hospital di saat pelahiran sudah tiba. Anda pasti tidak mahu bersalin dalam kereta.
35. Jika berlaku kesesakan ketika itu, mintalah bantuan polis atau orang ramai bagi membantu melancarkan perjalanan anda ke hospital.
36. Pakej bersalin- Dapatkan maklumat terperinci daripada brosur pakej bersalin di hospital supaya anda tahu tentang kos tersembunyi dalam pakej bersalin.
37. Dapatkan maklumat berkenaan kos jika bersalin pada waktu malam dan waktu siang atau cuti umum. Begitu juga jika berlaku komplikasi semasa bersalin, ia akan dikenakan bayaran tambahan.
38. Biasanya pakej bersalin di kebanyakan hospital menawarkan untuk kelahiran normal tanpa komplikasi dan begitu juga pembedahan caesarean. Semua ini perlu ditanya untuk mengelak bajet anda ‘ lari’ .
39. dipilih mempunyai kelengkapan yang mencukupi untuk bayi yang mungkin berisiko dan ibu yang mempunyai masalah kesihatan. Jangan memilih pusat perubatan yang kecil dan tiada kemudahan untuk kecemasan.
40. Ada hospital swasta menyediakan ‘lawatan’ selepas ibu pulang daripada bersalin untuk melihat perkembangan bayi dan ibu.
41. Hospital mestilah mudah mendapat rawatan doktor dan bilik pembedahan serta merta.
42. Hospital mesti mempunyai beg darah mencukupi bagi sebarang kecemasan.
43. Ada hospital membenarkan suami menemani isteri bersalin.
44. Ada hospital mempunyai wad bersalin yang dilengkapi oleh teknologi CCTV bagi mengelak berlaku kes kehilangan bayi.

Persiapan Spiritual
45. Perlakuan, perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh bakal ibu dan ayah mempengaruhi pembentukan anak yang dikandung.
46. Bagi yang beragama Islam, lakukan persediaan rapi untuk menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak yang berperibadi mulia kelak.
47. Sentiasa memelihara akhlak sepanjang hamil misalnya banyakkan bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.
48. Banyak mengingati Allah dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik.
49. Cuba perbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta melakukan kebajikan.
50. Amalkan doa bagi memohon kepada Allah agar mengurniakan zuriat yang sihat, sempurna dan soleh perlu sering bermain di bibir bakal ibu dan ayah.
51. Elakkan melakukan posisi atau aksi yang boleh memudaratkan pasangan semasa berasmara.
52. Faham perubahan fisiologi tubuh badan isteri kerana suami seharusnya melayan dan menggembirakan hati isteri yang sedang hamil.
53. Gembira dan sentiasa tenang menghadapi perubahan diri yang kadang kala tidak selesa. Emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.
54. Hadirkan diri dalam majlis ilmu dan keagamaan bagi meningkatkan dan menguatkan pengetahuan keagamaan sebagai bakal papa mama agar menjadi contoh tauladan kepada zuriat yang akan dilahirkan.
55. Istighfar iaitu memohon keampunan kepada Ilahi satu amalan mulia yang mesti dilakukan oleh suami isteri terutama setiap kali selepas solat fardu.
56. Jaga pemakanan yang masuk ke tubuh bakal ibu dan juga bapa. Makan makanan yang halal dan berkhasiat kerana ia akan menjadi darah daging zuriat kalian.
57. Banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
58. Layanan suami yang prihatin terhadap isteri yang sedang hamil dapat menggembirakan hati isteri seterusnya mempengaruh perkembangan sihat janin yang dikandung.
59. Memastikan isteri dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental menjadi tanggungjawab suami kerana ia penting untuk melahirkan zuriat yang sihat fizikal dan mentalnya.
60. Niatkan dalam hati agar dihindarkan daripada segala kejahatan dan Allah mengurniakan zuriat yang sihat dan sempurna kepada anda.
61. Orang-orang yang sabar adalah orang yang sentiasa reda dengan segala dugaan yang datang kepadanya terutama ketika sedang hamil.
62. Perasaan gembira dan bahagia atas kurniaan bakal zuriat mesti ditunjukan dengan banyak melakukan sujud syukur pada Ilahi.
63. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berdoa memohon keselamatan keselamatan sepanjang mengandung dan mudah bersalin.
64. Tutur kata suami dan isteri perlu dijaga. Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang positif dan baik sebagai salah satu cara merangsang perkembangan emosi anak yang dikandung.
65. Jauhi diri daripada majlis-majlis yang berunsur maksiat dan mungkar semasa isteri hamil amat baik dilakukan. Oleh itu, suami isteri hendaklah menjauhi tempat-tempat maksiat seperti pesta-pesta hiburan, kelab malam, konsert-konsert yang bertentangan dengan Islam dan sebagainya.
66. Yakinlah dengan nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil dan melahirkan anak.

Doa-doa yang elok diamalkan semasa mengandung ialah :
67. Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
68. Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38 )
69. Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
70. Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
71. Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
72. Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
73. Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
74. Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
75. Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
76. Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
77. Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
78. Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

A-Z kelengkapan untuk ibu dan bayi
79. Adakah kad pengenalan diri anda disimpan di dalam beg yang senang dicapai? MyKad anda penting kerana akan digunakan sewaktu mendaftar masuk ke wad bersalin.
80. Biasanya pada minggu-minggu terakhir kad pemeriksaan kesihatan ibu mesti dibawa bersama. Anda boleh bersalin bila-bila masa! Sama seperti MyKad, simpan ia di tempat yang senang dicapai.
81. Cuba bawa bantal kecil yang mungkin dapat dijadikan bantal tambahan ketika bertarung dengan kesakitan kontraksi. Anda boleh meletakkan bantal berkenaan di bahagian belakang badan.
82. Dalam tempoh anda mengalami kontraksi, bawalah tuala untuk mengelap muka yang mungkin kebasahan akibat peluh selain boleh digunakan untuk menyegarkan diri agar terus bertenaga menghadapi proses pelahiran.
83. Elakkan berasa tertekan sepanjang tempoh awal pelahiran. Anda boleh mendengar ayat-ayat suci Al-Quran menerusi peralatan yang tidak menggunakan wayar elektrik. Contohnya, iPod dan MP4.
84. Fasa tempoh awal pelahiran pastinya membuatkan rasa mual dan ingin muntah biar pun anda kini dalam proses pelahiran. Bagi mengatasinya, anda boleh menghisap gula-gula berangin untuk kekal selesa.
85. Gaya pakaian bersesuaian untuk dipakai ketika hari anda dan bayi dibenarkan pulang ke rumah perlu dibawa. Sebaik-baiknya, pakaian yang anda biasa pakai ketika usia kandungan enam bulan dahulu.
86. Sediakan coli menyusu dua atau tiga helai di dalam beg yang bakal di bawa ke hospital. Ini penting kerana coli ini mampu memberi sokongan kepada payu dara yang mungkin bengkak selepas bersalin.
87. Selain itu, sediakan juga pad payu dara kerana ia penting bagi mengatasi masalah susu meleleh dan mengelakkan kesan lelehan di baju yang anda pakai.
88. Jangan lupa menggunakan bantal khas ketika menyusukan bayi. Ia dapat mengurangkan risiko sakit bahu dan belakang sepanjang proses menyusukan bayi. Malah ia bermanfaat untuk anda yang mungkin melahirkan bayi secara caesarean.
89. Kekalkan keselesaan kaki semasa bersentuhan dengan permukaan lantai yang sejuk. Jadi pakailah stoking yang dapat membantu mengatasi masalah kaki mengalami kesejukan.
90. Utamakan keselesaan dengan membeli tuala wanita khusus untuk wanita bersalin, jenis overnight atau yang boleh memberi perlindungan maksimum memandangkan pada hari-hari awal selepas kelahiran, darah yang keluar adalah banyak.
91. Bagi memudahkan anda mengendalikan diri, pastikan menggunakan seluar dalam pakai buang. Ia amat praktikal terutamanya kepada anda yang mungkin bersalin secara caesarean.
92. Query-Berapa banyak pasang baju berlengan panjang untuk bayi pakai ketika hendak pulang ke rumah nanti? Pemilihan baju berlengan panjang penting kerana ia dapat memastikan bayi yang baru lahir itu kekal panas.
93. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya. Oleh itu untuk memastikan suhu badan bayi kekal selesa, anda perlu memakaikannya topi.
94. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
95. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.
96. Untuk memastikan tubuh bayi sentiasa panas, sediakan kain selimut daripada fabrik lembut supaya bayi dapat tidur dengan lena.
97. Zuriat anda pastinya mengujakan anda, jika mempunyai bajet lebih tidak salah anda menyediakan kamera atau kamera video untuk merakam detik-detik manis pelahiran si manja anda.
98. Rupa bayi pastinya comel bila bertopi. Hakikatnya majoriti haba panas tubuh bayi hilang melalui kepalanya.
99. Stoking atau sarung kaki amat penting. Jangan lupa untuk membawanya untuk dipakai bayi. Ia dapat memerangkap haba pada bahagian tersebut.
100. Tentu sekali kuku bayi baru lahir agak panjang dan boleh meninggalkan kesan calar apabila kukunya bersentuhan dengan muka atau bahagian tubuh lain. Oleh itu pakaikan sarung tangan untuk melindungi bahagian tertentu daripada tercalar.

Persediaan..

Bernafas dan bernafas terlebih

Apabila anda berasa tertekan dan ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.

Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.

Corak pernafasan untuk perlahiran

Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.

Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.

Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda. Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi pernafasan panik.

Teknik pernafasan mudah

• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan "LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!

• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas.

• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda. Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering.

Sokongan semasa pernafasan

Adalah satu perkara yang sangat sukar untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya penting untuk mendapatkan sokongan teman pelahiran anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas ke muka anda dengan lembut.

Praktikkan ini semasa kehamilan. Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak berdaya lagi.

Bernafas dan meneran

Semasa fasa kedua pelahiran, anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.

Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang kuat.

Sekiranya anda telah diberikan epidural dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.

Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah mencukupi.

Bernafas dan bukan meneran

Kadang-kala wanita akan terasa mahu meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini, doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda, punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.

Persediaan nak tunggu baby keluar

Sebagai persediaan nak tunggu baby keluar, i tetap lakukan rutin yang sama. Antaranya :

1) Do and always do - Perineal Massage


Memang nilah kerja i selepas mandi. I akan lakukan tiga kali sehari on weekdays and on weekend pulak tengok kekerapan i mandi. I start to use this technique since my 8 month pregnancy. Kenapa i suka buat selepas mandi? Sebab time tu badan kita bersih and fresh. How i do? errr, nak jelaskan pun susah, silalah google sendiri. Hehe tapi ilmu yang i dapat ni adalah hasil dari kelas antenatal yang i joint. Very useful. What type of oil to use? I guna Cold Press Virgin Coconut Oil dari Tanamera.


Minyak kelapa dara.



I banyak baca pengalaman mommies sebelum ni which is urutan kat perineum zone @ saluran baby keluar tu dengan cara yang betul dapat mengurangkan risiko our perineum kena jahit and memudahkan baby keluar nanti. So, harap-harap betullah step urutan i buat ni and Miss V tak kena jahit nanti after giving birth. Well, kita hanya mampu berusahakan namun Allah s.w.t. yang tentukan nanti. 

2) Practise and always practise - Breathing Techniques

Also learn dari antenatal class. Ada beberapa peringkat dan teknik pernafasan yang boleh digunakan. Teknik pernafasan ni kena belajar dari awal tau, jangan sampai masa nak bersalin baru nak buat kemungkinan tak menjadi sebab masa tu kita dah gabra dengan rasa sakit lagi. So, bila praktis awal-awal, kita dah terbiasa dengan teknik tersebut dan sedikit sebanyak dapat membantu kita fokus pada pernafasan dan mengurangkan emosi kita 100% terfokus pada contraction yang sedang berlaku.

Biasanya bila cara pernafasan kita salah, kita akan jadi sesak nafas dan lemah, so pam oksigen akan diberikan kepada kita. Tapi penggunaan pam oksigen terlalu kerap akan menyebabkan kita menjadi mengantuk dan sedikit sebanyak melemahkan daya kita untuk push bila dah sampai masanya nak bersalin. So,  teknik pernafasan tu agak penting untuk dipelajari. Tapi nak jelaskan secara detail i tak berapa pandai. Boleh google and find out how to practise LAMAZE BREATHING. Tapi if pergi kelas antenatal tu lagi clear and mudah untuk praktiskannya sebab that class u akan buat the real thing and if cara u buat salah, that times jugak midwife akan perbetulkan.


Paling senang nak bagi gambaran was bila menonton drama Melayu yang kes perempuan melayu nak bersalin dan akan buat aksi mulut muncung-muncung sambil bunyi pernafasan mereka konon-konon sakit gila-gila nak bersalin tu. Thats was one of the best way untuk bernafas. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus melalui mulut. Just blow the pain yang kita tanggung tu. Then, ada a few cara lagi. Perhaps i can make a video tutorial on that. Will see. ^_^


3) Reading a lots of mommies experience - kinda helpful


Being a new mom memang kita zero pengalaman. So, banyakkan membaca pengalaman ibu-ibu sebelum ni how they handle bila hadapi saat bersalin, tanda-tanda nak bersalin etc. 

Monday, 1 October 2012

perineal gel dan perineal massage

ngeri.
tapi lagi ngeri kalau terdapat banyak koyakan semasa bersalin.pitam!
walaupun mengerikan, tapi aku berusaha untuk mencari ilmu tentang ini. bukan untuk menakutkan diri sendiri, tapi tak ada salahnya mencari ilmu,kan?  sekurang-kurangnya aku jadi lebih faham tentang struktur tubuh badan sendiri.

perineal gel,mothercare. RM36.00

Gel ni aku beli kat mothercare, memang hot item. dapat info dari Diah bila baca tentang pengalaman bersalin dia tanpa koyakan di area tersebut. well, ada juga orang yang cuba tips dia, tapi tak berkesan. apa-apapun, aku positif je,tak ada salahnya mencuba,ye tak. kurang-kurangnya kita usaha, koyak ke apa ke, tu ikut nasib dan bahagian masing-masing. mungkin ada kesilapan teknik urutan di mana-mana.boleh mula melakukan urutan bila usia kandungan mencecah 32w atau 34w.

tapi teknik urutan yang sebenar, memang ngeri juga. ngilu rasanya.

Tip Mudah Bersalin

Persediaan menghadapi pelahiran tanpa komplikasi perlu bermula beberapa bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Anda harus memperuntukkan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari kejadian. Bagi mengelak tekanan yang tidak dijangka dan mengurangkan risiko komplikasi, ikut tip berikut:


Lakukan Urutan Perineal


Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke 34 kehamilan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namum elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum. Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Selain itu, pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.


Teman Yang Kuat Semangat

Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami. Jadi, ada baiknya anda tetapkan siapa yang bakal menenami anda di bilik bersalin nanti. Tidak salah jika menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan sebagainya.


Keadaan Selesa

Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa. Namum, cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yang panjang. Tambahan pula, sikap ini dapat menghindar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.

Jadi, cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali, itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.


Pergunakan Graviti

Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.


Tidur Mencukupi

Lazimnya, di minggu-minggu akhir kehamilan, agak sukar untuk tidur. Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur yang mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.


Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil. Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan. Wanita yang mudah tertekan, takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat. Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yang songsang , anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic, hypnosis atau teknik bertenang yang betul serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika pelahiran nanti.


Tarik Nafas Panjang

Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang. Ingat tentang apa yang telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.


Jangan Tahan Kencing

Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin di dalam bilik air sepatutnya disishkan. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.


Rangsang Payu Dara

Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekaligus mencetuskan kontraksi. Hal ini dapat anda lakukan dengan menggunakan pam payu dara (pam susu) atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan. Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yang anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.


Elakkan Paras Gula Jatuh

Pengekalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran. Untuk itu, hisap amaun kecil jus buah segar yang tinggi kandungan potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine.


Ambil Elektrolit Dan Mineral

Bagi memudahkan proses kelahiran, anda perlukan lebih banyak elektrolit dan mineral yang terdapat di dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Magnesium, potassium, sulfur, klorida dan sodium penting untuk mengelakkan sakit berpanjangan dan kelihatan semasa proses pelahiran berlangsung. Sumber ini boleh anda perolehi daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayuran, buahan, kekacang atau jus buah segar. Bagi menyimpan tenaga ketika berhadapan dengan kontraksi, anda disarankan mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.

Perineal Massage

(amalkan before bersalin)


haritu, zuzu ada baca blog seseorg..tapi zuzu dah lupa blog tu..dia bersalin normal & baby dia time kuar tu 4 kg..besar tau..tapi takde luka langsung kat permukaan faraj, malah takde buat episiotomy langsung (tak tau la betol ke tak ejaan ni)..bila zuzu baca rupanya dia amalkan perineal massage & dia beli oil tu dekat mother care kalau xsilapnya..perineal massage ni biasanya diamalkan beberapa minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin..so tadi zuzu explore la pasal perineal massage ni, zuzu jmpa satu blog ni yg bgtau cara2 perineal massage..so zuzu copy & paste utk share dgn bakal mummy semua..

Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?

* Lakukan "Perineal Massage"
* Menggunakan 1 atau 2 jari
* Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.


Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!

Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

* Tidak ada.
* Senang dilakukan.
* Tidak menyakitkan.
* Tidak perlu bayaran.


Tatacara mengurut perineum

1. Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
2. Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
3. Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
4. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
5. Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
6. Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

hope info ni dpt bantu mummy semua...